SELAMAT DATANG DAN TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN ANDA KE BLOG KAMI

TERIMA KASIH & SELAMAT DATANG KE BLOG KAMI INI.
KOMPANG POWER BEB..... RUGI KALAU TAK TEMPAH.
SEKIRANYA ANDA BERMINAT.... JADILAH RAKAN facebook KAMI, www.facebook/kompang warisan sinaran suria

Isnin, Mei 24, 2010

Berkompang Dalam Hujan......


FELDA REDONG, LABIS
SABTU, 22 MEI 2010

Era masa kini, majlis perkahwinan diadakan tanpa mengira 'musim' tertentu. Jika dulu... majlis seperti ini akan diadakan pada waktu cuti sekolah sahaja, tetapi kini... berbeza sekali... Setiap bulan, pasti ada majlis walimatulurus ini diadakan di mana-mana saja. Ini terbukti apabila pada setiap bulan ada sahaja tempahan yang di terima. Tugasan mengarak 'mempelai' sudah sebati dengan jiwa kami.. Sabtu 22 Mei yang lalu, kami mengarak pengantin di Felda Redong, Labis... walaupun dalam hujan... kami tetap dengan tugasan yang diberikan. Selepas itu,... persembahan bersemangat tetap diberikan walaupun ruangan tidak disediakan. 8 lagu dapat dipalukan di celah-celah tetamu yang hadir... kami meneruskan persembahan sehingga tamat. Itulah kami... KOMPANG WARISAN SINARAN SURIA, LABIS.

Isnin, Mei 17, 2010

2 Hari Berkompang......



SABTU, 15 MEI 2010 kami berkompang di Kg. Tenang, Labis. Cuaca yang 'mendung dan berawan' membuatkan suasana jadi 'tenang' sebagaimana penduduknya yang 'sentiasa tenang'. Walaupun bilangan ahli yang hadir berkurangan, persembahan kami sedikit pun tidak terjejas dan masih kekal 'mengancam'. Terima kasih kepada tuan rumah yang menyediakan ruangan untuk kami membuat persembahan. Dengan dikelilingi anak-anak kecil,...8 lagu dapat dimainkan dengan mantap. Setibanya di perkarangan rumah, kami sudah mula diusik dengan seloka dan pantun oleh DJ pada hari itu. Sungguh mengiburkan.

Kumpul duit berdikit-dikit,... Banyak duit naik haji,... Pukul kompang tangan sakit,... main suka-suka je... takde gaji.
Pukul kompang dengan tangan.... lepas main silalah 'mangan'.



AHAD, 16 MEI 2010
pula, kami mengarak lagi... kali ini di Taman Mewah, Labis. Atas permintaan tuan rumah, paluan mengarak pengantin bermula jam 12.00 tgh, diikuti dengan persembahan lagu sehingga berkahir kira-kira jam 12.55 tgh. Persembahan dimainkan juga di bawah sinaran cahaya matahari. Suasana panas terik itu membuatkan kompang berbunyi nyaring dan lantang. 8 lagu juga dapat dipersembahkan. Sungguh menyeronokkan pabila dikelilingi orang ramai sambil merakam aksi kami. Begitulah keadaannya setiap kali persembahan dibuat di mana-mana sahaja pasti ada yang merakam aksi kami untuk kenangan. Tambahan pula 'tempahan' baru diperolehi... katanya di Seremban, NS (berhampiran IPG).

terima kasih semua....

Isnin, Mei 10, 2010

Kompang Si Cilik.....


Penubuhan pasukan pelapis telah mula digerakkan pada bulan Februari 2010 ini bagi memenuhi kehendak permintaan/tempahan yang berlebihan ketika ini. Ia terdiri daripada ahli sediada yang berusia 10 - 15 tahun. Tambahan ahli pula dibuka kepada kanak-kanak lelaki pada usia yang sama. Kini pasukan itu memiliki 20 ahli tetap dan telah mula menjalani latihan pesat dibawah kelolaan jurulatih yang sama (Tn. Hj. Ali bin Domiati) dan Ketua Pasukan (En. Shamsuddin bin Koming). Tujuan lain penubuhan pasukan ini adalah untuk menyertai pertandingan-pertandingan kompang yang diadakan di peringkat daerah dan negeri. Kesimpulannya, pasukan ini telah berjaya ditubuhkan dengan nama 'KOMPANG SICILIK WARISAN SINARAN SURIA, LABIS' dan menggunakan logo baru. InsyaAllah, jika diizinkan Allah, pasukan ini akan mula mempersembahkan permainan kompangnya di majlis-majlis awam mulai Oktober 2010 ini. SELAMAT BERJAYA.

Isnin, Mei 03, 2010

Sambutan Luar Biasa di Presint 9






Jam 7.30 pagi, kami mula bergerak dengan 4 kereta seramai 21 orang ahli berbaju merah, menuju ke Putrajaya. Perjalanan agak lancar dari Labis melalui Segamat, Gemas dan Tampin. Masuk ke lebuhraya di Spg Ampat. Berhenti rehat di R&R Seremban untuk sarapan pagi yang disediakan awal oleh ketua pasukan. Kami meneruskan perjalanan dengan memasuki lebuhraya Nilai kemudian melalui susur keluar ke Purtajaya. Alhamdulillah.. perjalanan kami begitu lancar tanpa banyak gangguan. Kami tiba lebih kurang jam 11.45 pagi di Presint 9. Kami disambut oleh En. Mazlan di persimpangan P9B6. Destinasi telah ditemui, kami meminta izin untuk berehat sebentar di Masjid Putra. Seronoknya melihat ahli-ahli kecil kita meninjau sekitar Masjid Putra itu.
Kami ke rumah pengantin jam 1.30 petang. Seperti biasa.... pukulan pemanas badan/penarik mood dilakukan. Mendengar saja pukulan itu, pengantin keluar dari tempat bersanggar.... kami mula mengarak pengantin jam 2.00 petang. Setibanya di halaman rumah, kami sekali lagi dikejutkan oleh sambutan 'gelombang biru' ahli keluarga En. Naim. Bermulalah fasa sambutan luar biasa oleh mereka. kami mulakan persembahan... satu persatu lagu dimainkan... Berpeluh dibuatnya. semuanya 10 lagu.... diselangseli dengan serahan 'cawan air'. kami dikerumuni oleh ahli keluarga En. Naim. Mereka berseronok dengan 'berjoget' dan menyanyi bersama-sama kami. Begitulah kemeriahan yang terjadi di sana sama seperti di majlis walimatul urus ahli keluarga mereka yang pernah kami hadiri di Sg. Gatom, Kg. Pekan Air Panas, Labis.... dan di Lukut, Port Dickson, NS.
Sambil menjamu selera... kami menerima tempahan baru dari Pengerusi Penjaja & Peniaga Kecil Selangor kawasan Parlimen Pucong...bulan Julai... mengarak PM... katanya, tapi tarikh akan ditentukan kemudian... bertuahnya!... tapi itu hal biasa bagi kami.. kebiasaannya sebaik saja tamat satu-satu persembahan.. pasti akan ada tempahan baru diterima... seronok kan?... yang pasti 'kepuasan' terpancar di raut wajah kami semua. Sudah menjadi kebiasaannya juga, kami sibuk 'melayan' pertanyaan orang ramai yang berminat ketika berehat.
Setelah berehat sambil menjamu selera, kami memohon untuk pulang jam 3.42 petang. Kami terus pulang secara berasingan apabila memasuki lebuhraya seremban. 2 kereta singgah sebentar di restoran jejantas, Air Keroh, Melaka manakala 2 kereta lagi meneruskan perjalanan pulang. Kami tiba di Labis jam 7.00 petang.
Terima kasih semua... semoga berjumpa lagi di lain kali... bye