SELAMAT DATANG DAN TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN ANDA KE BLOG KAMI

TERIMA KASIH & SELAMAT DATANG KE BLOG KAMI INI.
KOMPANG POWER BEB..... RUGI KALAU TAK TEMPAH.
SEKIRANYA ANDA BERMINAT.... JADILAH RAKAN facebook KAMI, www.facebook/kompang warisan sinaran suria

Selasa, Januari 25, 2011

Kehebatan persembahan Kompang Warisan Sinaran Suria diakui ramai

Selamat Berjumpa Semula... mungkin ramai yg tertunggu2 cerita baru kami. Maaf dari saya, mungkin dek kerana kesibukan kerja agaknya hingga xde masa nak update blog.

25 Disember 2010, kami bermain di Lukut, PD, NS. Kami kelewatan tiba pada ari itu kerana 'lupa' sejenak tempatnya, maklumlah dh setahun berlalu. kali terakhir bermain di situ ialah pada 19/12/2009. Rupa-rupanya kami ditunggu oleh beberapa orang pemain bolasepak pasukan NS yang teruja nk tengok pasukan kami ni. Alhamdulillah... kami selamat tiba dan terus menjalankan tugas kami. Terima kasih kerana Zaquan Adha dan rakan-rakanya masih lagi menunggu kami. 26/12/2010 bermain di Felda Tenang. Itulah acara terakhir tahun 2010. kami dikejutkan dengan sumbangan serta-merta sebanyak RM500 tunai dari peminat kami & malamnya kami adakan jamuan makan di Pekan Labis. Alhamdulillah, semuanya dh berlalu. Yang mengembirakan kami ialah semua tempahan sepanjang tahun 2010 telah dipenuhi dengan jayanya.

Tahun 2010 dh 24 hari berlalu...kita dh tinggalkan banyak kenangan manis dan pahit yg berlaku di sepanjang tahun 2010. tapi bagi pasukan kompang, ia dh jadi asam garam kehidupan. Yang pentingnya ialah pasukan kami tetap kuat, utuh dan bersatu padu hingga ke hari ini. Tak banyak masalah yang timbul antara kami. Dengan pengambilan ahli pelapis baru, iaitu Si Cilik.. mereka telah banyak membantu untuk menguatkan lagi pasukan kami.

22Jan. yang lalu adalah pembuka tirai bagi tahun 2011 ini di Kampung Jawa, Segamat. Pergerakan kami dilengahkan oleh kesesakan lalulintas kerana ari itu juga adalah hari penamaan calon bg PRK DUN Tenang, Labis. Puluhan ribu orang memasuki Pekan Labis yang kecil ini bagi menyokong calon masing2. Takpe le... itu kerje mereka. Kami bergerak dengan 5 buah kereta pada 12.30 tgh dan selamat sampai pukul 2.00 ptg. 90 minit untuk bergerak sejauh 34 km sahaja. Inilah kali pertama dapat menembusi Kg. Jawa yang selama ini dipenuhi oleh pasukan kompang irama SK Melayu Raya. Alhamdulillah... dh selesai. Pasti akan ada tempahan yang akan menyusul nanti.

Sebut pasal PRK DUN Tenang ini, kami dapat juga tempiasnya. 3 tugas mengarak ketibaan dan majlis perasmian telah diterima serta merta, iaitu majlis yang dihadiri oleh Tan Sri Muhyiddin (TPM), Dato' Robiah Kosai (Exco Kesihatan, Johor) dan Datuk Rusnah (TM KKM). Lumayan juga.

Kini, tempahan permainan kompang perkahwinan sedang rancak diterima. Sehingga hari ini sahaja tempahan yang telah diterima sehinggalah ke bulan Mei 2011. Semoga tahun ini lebih hebat, lebih banyak tempahan daripada 2010. Selamat Maju Jaya.
Kompang Power Beb...
Bye................