SELAMAT DATANG DAN TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN ANDA KE BLOG KAMI

TERIMA KASIH & SELAMAT DATANG KE BLOG KAMI INI.
KOMPANG POWER BEB..... RUGI KALAU TAK TEMPAH.
SEKIRANYA ANDA BERMINAT.... JADILAH RAKAN facebook KAMI, www.facebook/kompang warisan sinaran suria

Khamis, Disember 16, 2010

PALUAN KOMPANG TERUS MENGEGAR MAJLIS...



November dan Disember 2010, Paluan kompang yang hebat dari Warisan Sinaran Suria, Labis tetap mengegar suasana majlis perkahwinan. Syabas kepada semua ahli.. paluan kompang kamu semua telah memukau setiap tetamu yang hadir...bermula dengan 07.11.10 di Rumah Awam, Chaah, 21.11.10 di Felda Chemplak, Labis, 04.12.10 di Taman Sinar Emas, Labis, 05.12.10 di Kg. Kangkar Baru, Yong Peng, 11.12.10 di Felda Kemelah, Segamat, dan 12.12.10 di Bandar Putra, Segamat. Tahniah kepada SICILIK.... Kita ada 2 lagi tempahan yang akan dipenuhi bagi menutup tahun 2010.

Tempahan baru untuk 2011 telah mula masuk... Semoga pasukan kompang kita akan kekal selamanya... tetap hebat dari dulu, kini dan selamanya.

Tutt... Tutt... bunyi keretapi,
Tempah dulu... tempah kini,
Bahang hebatnya macam api,
Sinaran Suria... itulah kami.

Ahad, Oktober 24, 2010

PISANG GORENG PANAS........



Lama juga Blog ini tak dikemaskinikan. Sibuk sangat dengan urusan rasmi kerajaan hingga terlupa nak edit blog.

Hari Raya aidilfitri telah berlalu..... marhaban pun tak kedengaran lagi.... kini tiba musim kerja kahwin semula, maka bermulalah musim berkompang semula. Tempahan untuk berkompang dah mula sibuk semula... ada yang tersenyum sebab tempahan diterima. Tak kurang juga yang kecewa sebab tarikh yang diminta dah dipenuhi orang lain. Oleh itu.... tempahlah awal-awal...sebab ada yang dah tempah 2 atau 3 bulan awal (sila rujuka TEMPAHAN DITERIMA disebelah).

Terima kasih kepada yang sudi menempah kompang kami. Sejak dulu lagi... dah macam pisang goreng panas.... sentiasa ada je tempahan... dekat dan jauh. Terima kasih kepada semua ahli... yang setia bersama. Lepas raya... kita dah pun penuhi tempahan di Taman Wira, Labis & Achijaya, Chaah (2 Okt), Felda Selancar, Pahang (9 Okt) dan Felda Maokil 1, Labis (10 Okt).

Kita akan kembali semula ke Lukut, Port Dickson, NS pada 25 Disember 2010. (Tahun lepas, kita ke sana pada 19 Disember 2009). Masih terbayang 'sambutan' luar dugaan orang kat sana tu....

Seronok rasanya dihati... diharapkan pasukan Kompang SiCilik Warisan Sinaran Suria, Labis akan terus mantap untuk meneruskan kejayaan pasukan sekarang ini untuk masa akan datang.

Selasa, September 21, 2010

MAJLIS HARI RAYA AIDILFITRI


SELAMAT MERAIKAN HARI RAYA ADIL FITRI 1431H kepada semua ahli Kompang Warisan iaitu Warisan Sinaran Suria, Warisan Sinaran Paya Merah kampungku dan Warisan Sinaran Risda Sekijang. Semoga gembira selalu hendaknya.

Kini, musim majlis sambutan hari raya dan rumah terbuka diadakan. Ada juga tempahan diterima bagi memeriahkan lagi majlis. Pada 25 September ini (16 Syawal) ketiga-tiga kumpulan WARISAN dijemput hadir ke Majlis Hari Raya di Risda Sekijang jam 8 malam dimana setiap kumpulan diminta mempersembahkan 2 lagu bebas. HIDUP WARISAN.

02 Oktober (23 Syawal) majlis hari raya diadakan di Kelab Golf, Estet Achijaya, Chaah. Kita diminta menyumbangkan beberapa buah lagu selama 30 minit bagi mengegar majlis tersebut. Kita diminta menghantar seramai 15 orang ahli.

Selain itu, undangan perkahwinan juga sudah mula diterima bagi bulan Oktober, November dan Disember 2010 ini. Alhamdulillah kita masih tetap diminati ramai penduduk sekitar Labis ini. HEBAT.... WARISAN SINARAN SURIA.

Isnin, Julai 26, 2010

SELAMAT BERTANDING....


Pada 08 OGOS 2010 (AHAD), Pertandingan Kompang sempena Program Juara Rakyat UMNO Parlimen Labis akan diadakan di Dewan Serbaguna Chaah. Kami.... Pasukan Kompang Warisan Sinaran Suria, Labis turut mengambil bahagian. Buat masa sekarang ini... ahli kami terdiri daripada 15 orang ahli sedang giat menjalani latihan setiap malam (8.30 - 11.00 malam). Inilah masanya untuk kami membuktikan kehebatan kami yang diwar-warkan selama ini. Kepada semua ahli... marilah kita memberi sokongan padu dengan sama-sama hadir di hari pertandingan dengan memakai baju merah/kelabu.

SELAMAT BERTANDING.... BAWA BALIK PIALA TAU....

KOMPANG POWER BEB !!!!!!

Isnin, Julai 19, 2010

Bergambar Untuk Kenangan...



Pada 4 JULAI 2010 yg lalu... kami diminta untuk menyambut & mengarak ketibaan YB Datuk Shaziman bin Abu Mansor, Menteri Kerja Raya di Dewan MD Labis bagi program UMNO. Kami yg bergabung dengan Kompang Warisan Sinaran Kg Paya Merah telahpun menjalankan tugas yang diberikan dengan baik. Di akhirnya kami sempat bergambar kenangan dengan beliau. Terima Kasih.

10 JULAI 2010, kami berkompang lagi di Rumah Rakyat, Labis. Terima kasih kepada tuan rumah yang sudi mengundang kami. Sekali lagi kami mendapat perhatian ramai dan tepukan gemuruh atas 'kehebatan' persembahan kami itu khususnya bagi lagu 'gamelan'. Semoga permainan warisan ini dapat terus berkembang dan diminati ramai bukan sahaja di musim perkahwinan.

Khamis, Julai 08, 2010

KAMI SEMUA MENYOKONG USAHA-USAHA TUAN HJ. ALI


KAMI, ahli-ahli Pasukan Kompang Warisan Sinaran menyokong sepenuh hati usaha-usaha yang bakal dijalankan oleh Jurulatih kami iaitu TN. HAJI ALI BIN DOMIATI untuk mendapatkan LESEN atau SIJIL atau WATIKAH sebagai JURULATIH atau PENGIAT SENI WARISAN daripada pihak yang berwajib. Beliau juga berhasrat untuk mendapatkan LESEN sebagai PENGADIL dalam pertandingan kompang. Kami sesungguhnya berbangga dengan Tn Hj. Ali atas jasa bakti beliau mengembangkan seni warisan kita ini. Begitu ramai anak muridnya samada yang aktif sehingga kini ataupun yang sibuk dengan urusan seharian. Kami amat sedar bahawa beliau telah berbakti sekian lama malah sejak beliau muda lagi usaha itu tidak pernah pudar. Beliau terus berbakti tanpa kenal erti jemu. Beliau terus menaburkan ilmu permainan kompang kepada anak muda agar permainan kompang ini kekal subur zaman berzaman. Buktinya, di Labis sahaja terdapat 9 pasukan 'Warisan Sinaran' yang diasaskan beliau. Sehingga semuanya masih aktif berkompang.

Siapa yang tidak mengenali Tn. Hj. Ali, seorang pengiat seni warisan yang telah bertahun-tahun menyumbang bakti melatih banyak pasukan kompang di daerah Segamat, Johor hinggalah ke pasukan-pasukan baru di institusi pengajian tinggi.

Kini, dalam usia warga emas, beliau masih terus berbakti 'berkompang' dengan pasukan ini iaitu pasukan KOMPANG WARISAN SINARAN SURIA, LABIS. Sungguh banyak ilmu yang dicurahkan kepada kami semua. Terima kasih diucapkan. Kami doakan kejayaan Tn. Hj. Ali mendapatkan apa yang dihajatkannya.

Oleh itu... sesiapa yang membaca mesej ini... doakanlah kejayaan buat beliau. Bagi JABATAN SENI KEBUDAYAAN DAN WARISAN NEGERI JOHOR... hargailah jasa beliau... permudahkan urusan permohonan beliau. Kurangkanlah 'birokrasi' permohonan. Yang penting... Jangan Perkecilkan Sumbangan Jasa Bakti beliau selama ini.
Terima kasih.

Rabu, Jun 30, 2010

LETIH YANG MENYERONOKKAN....









AHAD, 27 JUN 2010
LETIH TETAPI MENYERONOKKAN, mulai Sabtu 9.00 malam lagi... pukulan kompang bergema di majlis 'berinai' di Rumah Rakyat, Labis. Sejam lamanya... kompang dipalu hebat... & dapat pujian tetamu yang hadir. Esoknya pula... mulai 9.00 pagi lagi kami 7 ahli kami lengkap berbaju Melayu warna biru (Hj. Ali, En. Din, Cg Jabar, Sdr. Khai, Sdr. Mamat, Sdr. Faizal & Sdr. Syafiq) bersiap sedia untuk bergabung dengan pasukan baru, Warisan Sinaran Kg. Paya Merah untuk menyambut ketibaan DYMM Sultan Johor. Memang mengembirakan.... kira-kira jam 12.45 tengahari... kompang dipalu khas untuk Sultan kami yang dicintai. Senyuman diwajahnya melihat kami... cukup melegakan. Rasanya nak bersalam dengan Tuanku, tapi apakan daya... tangan sedang memukul kompang. Kami memnukul kompang dengan penuh bersemangat. Selepas itu... kami mempersembahkan gabungan beberapa lagu untuk tetamu yang hadir di sudut yang dikhaskan untuk kami. Berpeluh-peluh, maklumlah matahari berada di atas kepala... memang panas... tapi seronok. Ramai yang merakam aksi kami.

Selepas itu, kami berpecah... pasukan Kg. Paya Merah akan mengarak pengantin di kampung mereka, manakala kami 7 ahli tadi berangkat pula ke Rumah Rakyat, Labis bagi memenuhi tempahan berkompang di majlis perkahwinan di sana, tanpa sempat menukar pakaian. Ahli-ahli kami yang lain memakai baju merah. Kira-kira 2.30 petang, kami memulakan tugas.... mengarak pengantin dan seterusnya mempersembahkan gabungan lagu seperti biasa. Terima kasih kepada tuan rumah yang sudi menyediakan ruangan khas bagi kami. Walaubagaimanapun... panas tetap panas... letih tetap letih... tetapi menyeronokkan. Itulah yang dapat kami katakan. Persembahan tetap hebat. Pujian dan tepukan kami terima... semuanya selesai jam 3.45 petang.

Isnin, Jun 21, 2010

Tradisi Berkompang Masih & Akan Berterusan....








Majlis perkahwinan atau persandingan akan sunyi tanpa bunyi-bunyian. Atas keperluan itulah, kompang masih & akan terus menjadi satu keperluan bagi setiap majlis perkahwinan. Itulah tradisinya sejak zaman berzaman.
"Gendang Gendut Tali Kecapi, Takde Kompang Majlis Sunyi Sepi".
Tapi bagi kami... pasukan kompang..."Pat Pat Siku Lipat, Siapa Cepat, Dia Dapat".

SABTU, 12 JUN 2010... Aktiviti Berkompang di majlis perkahwinan diteruskan lagi... dan kali ini di Pekan Air Panas, Labis. Ketibaan kami disambut dengan hujan renyai-renyai. Kami berteduh di bawah pohon kuini yang rendang. Kemudian kami dipanggil ke tempat pengantin bersanggar. Agak jauh juga dari rumah pengantin. Takpe.. nak buat macam mana... ikut ajelah. Menunggu pula di simpang 4.. berlindung dari cahaya panas di tepi pepohon rambutan berbuah muda. "Nasible kau muda...rambutan, kalau dah masak, ada juga yang kena sebat....".
Seperti biasa aje... mula-mula mengarak pengantin diikuti dengan persembahan lagu. Almaklumlah lepas hujan renyai-renyai... bukan main 'bahang'nya. Persembahan tetap diteruskan juga dengan turutan lagu macam biasa. Terpukau juga orang yang mendengarnya... ada yang mendengar sambil memukul meja... mengikuti rentak lagu yang dimainkan. Terhanguk-hanguk kepala pun ada... Yang merewang pun berhenti seketika....
Kompang Warisan Sinaran Suria, Labis.... anda semua memang HEBAT !.

Pon...pon... talipon, main kompang takde gaji pun,
Pah...pah... Latipah, main kompang ikut orang tempah.
Main kompang dapat duit... ketua simpan je dah jadi bukit, repair kompang sikit-sikit... ada baki boleh masuk poket...


SABTU, 19 JUN 2010... Berkompang lagi... kali ini kami kekurangan ahli. Ramai yang sibuk dengan aktiviti/program sendiri. Kami bawa ahli-ahli 'SiCilik' pula. Untuk kali ini, kami dijemput memeriahkan majlis di Taman Mewah, Labis pula. Cuaca panas terik. Mengarak dari surau ke rumah pengantin... kira-kira 100 meter je.. Lagu mengarak pun 'pendek' aje. Lepas tu... cari tapak untuk buat persembahan. kami teruskan persembahan di hadapan pagar rumah tauke cina, berhadapan dengan balai tetamu... curam tempatnya. Takpelah asalkan dapat berteduh... tapi lenguh rasanya kaki kami... maklumlah kaki panjang sebelah.
Inilah kehebatan kami... 8 - 10 orang ahli pun jadi... tetap HEBAT. SiCilik kami juga hebat. Dengan 18 ahli, kami teruskan persembahan hebat kami hingga ke akhirnya. Jemputan tetap terhibur. Ada kalanya... suapan tetamu pun boleh berhenti... terpegun agaknya. Seperti biasa, ada yang mengambil kesempatan.... merakam aksi kami.. buat ole-ole. Rasanya.. dah banyak tempat kami pergi... semuanya merakam aksi kami dengan 'handphone' canggih masing-masing. Emmmm... Rakaman aksi kami tu.... jauh dah perginya, buat koleksi peribadi agaknya... Kehebatan kami !... anda sahaja yang dapat menilainya.

Main kompang terkemut-kemut... pengantin berjalan macam semut, aksi kami dh kena remote... dikelilingi orang macam gula diurung semut.
Pukul kompang dengan tangan... lepas main silalah 'mangan',
Lepas main tak lalu mangan... penatnya bukan tandingan, duduk tersandar air ditangan... waktu balik dapat buah tangan.
Crot.... Crot... perut berbunyi.... dapat boncrot senang hati.... penat bermain kemudian dihargai.
"
Kompang Power Beb... Rugi Kalau Tak Tempah".

Isnin, Jun 07, 2010

AKSI-AKSI SPONTAN AHLI KAMI...











Setiap kali bertemu... semua ahli pasti datang dengan raut wajah riang... seronok dapat bermain kompang bersama-sama. Semuanya sudah sebati dengan jiwa masing-masing. Keseronokan itu dapat dijelaskan melalui 'rakaman spontan' ini. Ikatan silaturrahim sesama ahli memang kuat. Inilah antara aksi spontan ahli kami sebelum... semasa... dan selepas persembahan. Jangan Mare..... ha

Cuti Sekolah Tiba Lagi.....







CUTI SEKOLAH tiba lagi... Ini bermakna musim kenduri kahwin, turut muncul sama. Walaupun zaman ini, majlis perkahwinan tidak lagi mengikut musim cuti sekolah... namun pabila tiba sahaja musim cuti sekolah, semakin banyaklah majlis diadakan. Kadangkala tak tertunai undangan yang diterima. Mana boleh tahan... kalau 1 hari ada 10 undangan diterima...mau senak perut dibuatnya.

SABTU, 5 Jun 2010, pasukan kami membuat persembahan di majlis perkahwinan di Kg. Paya Merah, Labis. Pihak tuan rumah meminta kami mengarak pasangan pengantin lebih awal (12.30 tgh), namun Allah punya kuasa.. hujan turun dengan lebatnya. Kami menunggu di dewan serbaguna bersama pengantin lelaki... tapi hujan tak juga mau berhenti. Akhirnya kami diminta terus sahaja ke rumah dan memulakan persembahan... sambil pengantin bergerak dengan kereta. Kami sempat memainkan 3 lagu sahaja di bawah balai sebelum 'terhenti' kerana azan zohor. Setelah hujan mula berhenti, kami menyambung persembahan di luar balai sehingga tamat. Perubahan cuaca daripada sejuk ke panas... membuatkan persembahan kami juga terganggu.. namun diakhiri dengan 'gamelan' dan 'cik mek molek' yang mantap.

AHAD, 6 JUN 2010, kami membuat persembahan di Kg. Bukit Mambai, Labis. Hanya 15 orang ahli yang dapat hadir. Ahli yang lain 'sibuk' memenuhi undangan di sana sini. Pada mulanya... kelam kabut juga sebab tuan rumah berkehendakkan persembahan diawalkan sedangkan kebanyakan ahli juga 'sibuk' memenuhi undangan. Namun setelah semu ahli berkumpul... pengantin pula sengaja 'lewat' di surau. Akhirnya... pukul 2 lebih juga baru bermula. Cuaca hari itu panas terik...'berdenting' rasanya. Membuat persembahan dalam cuaca sebegini... membuatkan semua ahli 'berpeluh sakan', nak pitam pun ada... Tapi persembahan diteruskan juga dengan 8 buah lagu... Haji Ali kata.. kompang macam kerepek... berdenting. Puas rasanya apabila menerima tepukan setelah selesai membuat persembahan. Semuanya mencari air... air... dan air. Setelah berehat agak lama... barulah ada semangat dan selera untuk makan. Begitulah nasib kami.... pasukan kompang. Agaknya sama saja dengan nasib semua pasukan kompang kenduri kahwin.

Isnin, Mei 24, 2010

Berkompang Dalam Hujan......


FELDA REDONG, LABIS
SABTU, 22 MEI 2010

Era masa kini, majlis perkahwinan diadakan tanpa mengira 'musim' tertentu. Jika dulu... majlis seperti ini akan diadakan pada waktu cuti sekolah sahaja, tetapi kini... berbeza sekali... Setiap bulan, pasti ada majlis walimatulurus ini diadakan di mana-mana saja. Ini terbukti apabila pada setiap bulan ada sahaja tempahan yang di terima. Tugasan mengarak 'mempelai' sudah sebati dengan jiwa kami.. Sabtu 22 Mei yang lalu, kami mengarak pengantin di Felda Redong, Labis... walaupun dalam hujan... kami tetap dengan tugasan yang diberikan. Selepas itu,... persembahan bersemangat tetap diberikan walaupun ruangan tidak disediakan. 8 lagu dapat dipalukan di celah-celah tetamu yang hadir... kami meneruskan persembahan sehingga tamat. Itulah kami... KOMPANG WARISAN SINARAN SURIA, LABIS.

Isnin, Mei 17, 2010

2 Hari Berkompang......



SABTU, 15 MEI 2010 kami berkompang di Kg. Tenang, Labis. Cuaca yang 'mendung dan berawan' membuatkan suasana jadi 'tenang' sebagaimana penduduknya yang 'sentiasa tenang'. Walaupun bilangan ahli yang hadir berkurangan, persembahan kami sedikit pun tidak terjejas dan masih kekal 'mengancam'. Terima kasih kepada tuan rumah yang menyediakan ruangan untuk kami membuat persembahan. Dengan dikelilingi anak-anak kecil,...8 lagu dapat dimainkan dengan mantap. Setibanya di perkarangan rumah, kami sudah mula diusik dengan seloka dan pantun oleh DJ pada hari itu. Sungguh mengiburkan.

Kumpul duit berdikit-dikit,... Banyak duit naik haji,... Pukul kompang tangan sakit,... main suka-suka je... takde gaji.
Pukul kompang dengan tangan.... lepas main silalah 'mangan'.



AHAD, 16 MEI 2010
pula, kami mengarak lagi... kali ini di Taman Mewah, Labis. Atas permintaan tuan rumah, paluan mengarak pengantin bermula jam 12.00 tgh, diikuti dengan persembahan lagu sehingga berkahir kira-kira jam 12.55 tgh. Persembahan dimainkan juga di bawah sinaran cahaya matahari. Suasana panas terik itu membuatkan kompang berbunyi nyaring dan lantang. 8 lagu juga dapat dipersembahkan. Sungguh menyeronokkan pabila dikelilingi orang ramai sambil merakam aksi kami. Begitulah keadaannya setiap kali persembahan dibuat di mana-mana sahaja pasti ada yang merakam aksi kami untuk kenangan. Tambahan pula 'tempahan' baru diperolehi... katanya di Seremban, NS (berhampiran IPG).

terima kasih semua....

Isnin, Mei 10, 2010

Kompang Si Cilik.....


Penubuhan pasukan pelapis telah mula digerakkan pada bulan Februari 2010 ini bagi memenuhi kehendak permintaan/tempahan yang berlebihan ketika ini. Ia terdiri daripada ahli sediada yang berusia 10 - 15 tahun. Tambahan ahli pula dibuka kepada kanak-kanak lelaki pada usia yang sama. Kini pasukan itu memiliki 20 ahli tetap dan telah mula menjalani latihan pesat dibawah kelolaan jurulatih yang sama (Tn. Hj. Ali bin Domiati) dan Ketua Pasukan (En. Shamsuddin bin Koming). Tujuan lain penubuhan pasukan ini adalah untuk menyertai pertandingan-pertandingan kompang yang diadakan di peringkat daerah dan negeri. Kesimpulannya, pasukan ini telah berjaya ditubuhkan dengan nama 'KOMPANG SICILIK WARISAN SINARAN SURIA, LABIS' dan menggunakan logo baru. InsyaAllah, jika diizinkan Allah, pasukan ini akan mula mempersembahkan permainan kompangnya di majlis-majlis awam mulai Oktober 2010 ini. SELAMAT BERJAYA.

Isnin, Mei 03, 2010

Sambutan Luar Biasa di Presint 9






Jam 7.30 pagi, kami mula bergerak dengan 4 kereta seramai 21 orang ahli berbaju merah, menuju ke Putrajaya. Perjalanan agak lancar dari Labis melalui Segamat, Gemas dan Tampin. Masuk ke lebuhraya di Spg Ampat. Berhenti rehat di R&R Seremban untuk sarapan pagi yang disediakan awal oleh ketua pasukan. Kami meneruskan perjalanan dengan memasuki lebuhraya Nilai kemudian melalui susur keluar ke Purtajaya. Alhamdulillah.. perjalanan kami begitu lancar tanpa banyak gangguan. Kami tiba lebih kurang jam 11.45 pagi di Presint 9. Kami disambut oleh En. Mazlan di persimpangan P9B6. Destinasi telah ditemui, kami meminta izin untuk berehat sebentar di Masjid Putra. Seronoknya melihat ahli-ahli kecil kita meninjau sekitar Masjid Putra itu.
Kami ke rumah pengantin jam 1.30 petang. Seperti biasa.... pukulan pemanas badan/penarik mood dilakukan. Mendengar saja pukulan itu, pengantin keluar dari tempat bersanggar.... kami mula mengarak pengantin jam 2.00 petang. Setibanya di halaman rumah, kami sekali lagi dikejutkan oleh sambutan 'gelombang biru' ahli keluarga En. Naim. Bermulalah fasa sambutan luar biasa oleh mereka. kami mulakan persembahan... satu persatu lagu dimainkan... Berpeluh dibuatnya. semuanya 10 lagu.... diselangseli dengan serahan 'cawan air'. kami dikerumuni oleh ahli keluarga En. Naim. Mereka berseronok dengan 'berjoget' dan menyanyi bersama-sama kami. Begitulah kemeriahan yang terjadi di sana sama seperti di majlis walimatul urus ahli keluarga mereka yang pernah kami hadiri di Sg. Gatom, Kg. Pekan Air Panas, Labis.... dan di Lukut, Port Dickson, NS.
Sambil menjamu selera... kami menerima tempahan baru dari Pengerusi Penjaja & Peniaga Kecil Selangor kawasan Parlimen Pucong...bulan Julai... mengarak PM... katanya, tapi tarikh akan ditentukan kemudian... bertuahnya!... tapi itu hal biasa bagi kami.. kebiasaannya sebaik saja tamat satu-satu persembahan.. pasti akan ada tempahan baru diterima... seronok kan?... yang pasti 'kepuasan' terpancar di raut wajah kami semua. Sudah menjadi kebiasaannya juga, kami sibuk 'melayan' pertanyaan orang ramai yang berminat ketika berehat.
Setelah berehat sambil menjamu selera, kami memohon untuk pulang jam 3.42 petang. Kami terus pulang secara berasingan apabila memasuki lebuhraya seremban. 2 kereta singgah sebentar di restoran jejantas, Air Keroh, Melaka manakala 2 kereta lagi meneruskan perjalanan pulang. Kami tiba di Labis jam 7.00 petang.
Terima kasih semua... semoga berjumpa lagi di lain kali... bye

Jumaat, April 23, 2010

Malam ni... Main Di Kg. Kecil, Bukit Kepong, Muar.

Dimaklumkan kepada semua ahli pasukan, malam ni pukul 8.30 malam... kita semua dijemput untuk bermain suka-suka di rumah Kakak Khai (selepas majlis nikah anaknya) di Kampung Kecil, Bukit Kepong. Sebarang pertanyaan, sila hubungi Ketua Pasukan kita.... Saya (Cg) minta maaf tak dapat hadir...ok sbb saya ke Langkawi... malam ni juga.. balik hari Isnin nanti.. bye.. bye..

Rabu, April 21, 2010

Jumpa Kami di Putrajaya Pd 01 Mei.




Kami berterima kasih kepada En. Naim, Presint 9, Putrajaya di atas undangan untuk kami mempersembahkan permainan kompang di majlis persandingan anaknya. InsyaAllah... kami akan mempersembahkan permainan yang hebat... mungkin lebih hebat daripada di Lukut, Port Dickson, NS dan di Sg. Gatom, Labis (adik beradik En. Naim). Di samping itu dapat kami meninjau keindahan yang terdapat di pusat pentadbiran negara itu. Jumpa kami di sana..... bye. bye..