SELAMAT DATANG DAN TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN ANDA KE BLOG KAMI

TERIMA KASIH & SELAMAT DATANG KE BLOG KAMI INI.
KOMPANG POWER BEB..... RUGI KALAU TAK TEMPAH.
SEKIRANYA ANDA BERMINAT.... JADILAH RAKAN facebook KAMI, www.facebook/kompang warisan sinaran suria

Isnin, Jun 07, 2010

Cuti Sekolah Tiba Lagi.....







CUTI SEKOLAH tiba lagi... Ini bermakna musim kenduri kahwin, turut muncul sama. Walaupun zaman ini, majlis perkahwinan tidak lagi mengikut musim cuti sekolah... namun pabila tiba sahaja musim cuti sekolah, semakin banyaklah majlis diadakan. Kadangkala tak tertunai undangan yang diterima. Mana boleh tahan... kalau 1 hari ada 10 undangan diterima...mau senak perut dibuatnya.

SABTU, 5 Jun 2010, pasukan kami membuat persembahan di majlis perkahwinan di Kg. Paya Merah, Labis. Pihak tuan rumah meminta kami mengarak pasangan pengantin lebih awal (12.30 tgh), namun Allah punya kuasa.. hujan turun dengan lebatnya. Kami menunggu di dewan serbaguna bersama pengantin lelaki... tapi hujan tak juga mau berhenti. Akhirnya kami diminta terus sahaja ke rumah dan memulakan persembahan... sambil pengantin bergerak dengan kereta. Kami sempat memainkan 3 lagu sahaja di bawah balai sebelum 'terhenti' kerana azan zohor. Setelah hujan mula berhenti, kami menyambung persembahan di luar balai sehingga tamat. Perubahan cuaca daripada sejuk ke panas... membuatkan persembahan kami juga terganggu.. namun diakhiri dengan 'gamelan' dan 'cik mek molek' yang mantap.

AHAD, 6 JUN 2010, kami membuat persembahan di Kg. Bukit Mambai, Labis. Hanya 15 orang ahli yang dapat hadir. Ahli yang lain 'sibuk' memenuhi undangan di sana sini. Pada mulanya... kelam kabut juga sebab tuan rumah berkehendakkan persembahan diawalkan sedangkan kebanyakan ahli juga 'sibuk' memenuhi undangan. Namun setelah semu ahli berkumpul... pengantin pula sengaja 'lewat' di surau. Akhirnya... pukul 2 lebih juga baru bermula. Cuaca hari itu panas terik...'berdenting' rasanya. Membuat persembahan dalam cuaca sebegini... membuatkan semua ahli 'berpeluh sakan', nak pitam pun ada... Tapi persembahan diteruskan juga dengan 8 buah lagu... Haji Ali kata.. kompang macam kerepek... berdenting. Puas rasanya apabila menerima tepukan setelah selesai membuat persembahan. Semuanya mencari air... air... dan air. Setelah berehat agak lama... barulah ada semangat dan selera untuk makan. Begitulah nasib kami.... pasukan kompang. Agaknya sama saja dengan nasib semua pasukan kompang kenduri kahwin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan