SELAMAT DATANG DAN TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN ANDA KE BLOG KAMI

TERIMA KASIH & SELAMAT DATANG KE BLOG KAMI INI.
KOMPANG POWER BEB..... RUGI KALAU TAK TEMPAH.
SEKIRANYA ANDA BERMINAT.... JADILAH RAKAN facebook KAMI, www.facebook/kompang warisan sinaran suria

Rabu, Jun 30, 2010

LETIH YANG MENYERONOKKAN....









AHAD, 27 JUN 2010
LETIH TETAPI MENYERONOKKAN, mulai Sabtu 9.00 malam lagi... pukulan kompang bergema di majlis 'berinai' di Rumah Rakyat, Labis. Sejam lamanya... kompang dipalu hebat... & dapat pujian tetamu yang hadir. Esoknya pula... mulai 9.00 pagi lagi kami 7 ahli kami lengkap berbaju Melayu warna biru (Hj. Ali, En. Din, Cg Jabar, Sdr. Khai, Sdr. Mamat, Sdr. Faizal & Sdr. Syafiq) bersiap sedia untuk bergabung dengan pasukan baru, Warisan Sinaran Kg. Paya Merah untuk menyambut ketibaan DYMM Sultan Johor. Memang mengembirakan.... kira-kira jam 12.45 tengahari... kompang dipalu khas untuk Sultan kami yang dicintai. Senyuman diwajahnya melihat kami... cukup melegakan. Rasanya nak bersalam dengan Tuanku, tapi apakan daya... tangan sedang memukul kompang. Kami memnukul kompang dengan penuh bersemangat. Selepas itu... kami mempersembahkan gabungan beberapa lagu untuk tetamu yang hadir di sudut yang dikhaskan untuk kami. Berpeluh-peluh, maklumlah matahari berada di atas kepala... memang panas... tapi seronok. Ramai yang merakam aksi kami.

Selepas itu, kami berpecah... pasukan Kg. Paya Merah akan mengarak pengantin di kampung mereka, manakala kami 7 ahli tadi berangkat pula ke Rumah Rakyat, Labis bagi memenuhi tempahan berkompang di majlis perkahwinan di sana, tanpa sempat menukar pakaian. Ahli-ahli kami yang lain memakai baju merah. Kira-kira 2.30 petang, kami memulakan tugas.... mengarak pengantin dan seterusnya mempersembahkan gabungan lagu seperti biasa. Terima kasih kepada tuan rumah yang sudi menyediakan ruangan khas bagi kami. Walaubagaimanapun... panas tetap panas... letih tetap letih... tetapi menyeronokkan. Itulah yang dapat kami katakan. Persembahan tetap hebat. Pujian dan tepukan kami terima... semuanya selesai jam 3.45 petang.

Isnin, Jun 21, 2010

Tradisi Berkompang Masih & Akan Berterusan....








Majlis perkahwinan atau persandingan akan sunyi tanpa bunyi-bunyian. Atas keperluan itulah, kompang masih & akan terus menjadi satu keperluan bagi setiap majlis perkahwinan. Itulah tradisinya sejak zaman berzaman.
"Gendang Gendut Tali Kecapi, Takde Kompang Majlis Sunyi Sepi".
Tapi bagi kami... pasukan kompang..."Pat Pat Siku Lipat, Siapa Cepat, Dia Dapat".

SABTU, 12 JUN 2010... Aktiviti Berkompang di majlis perkahwinan diteruskan lagi... dan kali ini di Pekan Air Panas, Labis. Ketibaan kami disambut dengan hujan renyai-renyai. Kami berteduh di bawah pohon kuini yang rendang. Kemudian kami dipanggil ke tempat pengantin bersanggar. Agak jauh juga dari rumah pengantin. Takpe.. nak buat macam mana... ikut ajelah. Menunggu pula di simpang 4.. berlindung dari cahaya panas di tepi pepohon rambutan berbuah muda. "Nasible kau muda...rambutan, kalau dah masak, ada juga yang kena sebat....".
Seperti biasa aje... mula-mula mengarak pengantin diikuti dengan persembahan lagu. Almaklumlah lepas hujan renyai-renyai... bukan main 'bahang'nya. Persembahan tetap diteruskan juga dengan turutan lagu macam biasa. Terpukau juga orang yang mendengarnya... ada yang mendengar sambil memukul meja... mengikuti rentak lagu yang dimainkan. Terhanguk-hanguk kepala pun ada... Yang merewang pun berhenti seketika....
Kompang Warisan Sinaran Suria, Labis.... anda semua memang HEBAT !.

Pon...pon... talipon, main kompang takde gaji pun,
Pah...pah... Latipah, main kompang ikut orang tempah.
Main kompang dapat duit... ketua simpan je dah jadi bukit, repair kompang sikit-sikit... ada baki boleh masuk poket...


SABTU, 19 JUN 2010... Berkompang lagi... kali ini kami kekurangan ahli. Ramai yang sibuk dengan aktiviti/program sendiri. Kami bawa ahli-ahli 'SiCilik' pula. Untuk kali ini, kami dijemput memeriahkan majlis di Taman Mewah, Labis pula. Cuaca panas terik. Mengarak dari surau ke rumah pengantin... kira-kira 100 meter je.. Lagu mengarak pun 'pendek' aje. Lepas tu... cari tapak untuk buat persembahan. kami teruskan persembahan di hadapan pagar rumah tauke cina, berhadapan dengan balai tetamu... curam tempatnya. Takpelah asalkan dapat berteduh... tapi lenguh rasanya kaki kami... maklumlah kaki panjang sebelah.
Inilah kehebatan kami... 8 - 10 orang ahli pun jadi... tetap HEBAT. SiCilik kami juga hebat. Dengan 18 ahli, kami teruskan persembahan hebat kami hingga ke akhirnya. Jemputan tetap terhibur. Ada kalanya... suapan tetamu pun boleh berhenti... terpegun agaknya. Seperti biasa, ada yang mengambil kesempatan.... merakam aksi kami.. buat ole-ole. Rasanya.. dah banyak tempat kami pergi... semuanya merakam aksi kami dengan 'handphone' canggih masing-masing. Emmmm... Rakaman aksi kami tu.... jauh dah perginya, buat koleksi peribadi agaknya... Kehebatan kami !... anda sahaja yang dapat menilainya.

Main kompang terkemut-kemut... pengantin berjalan macam semut, aksi kami dh kena remote... dikelilingi orang macam gula diurung semut.
Pukul kompang dengan tangan... lepas main silalah 'mangan',
Lepas main tak lalu mangan... penatnya bukan tandingan, duduk tersandar air ditangan... waktu balik dapat buah tangan.
Crot.... Crot... perut berbunyi.... dapat boncrot senang hati.... penat bermain kemudian dihargai.
"
Kompang Power Beb... Rugi Kalau Tak Tempah".

Isnin, Jun 07, 2010

AKSI-AKSI SPONTAN AHLI KAMI...











Setiap kali bertemu... semua ahli pasti datang dengan raut wajah riang... seronok dapat bermain kompang bersama-sama. Semuanya sudah sebati dengan jiwa masing-masing. Keseronokan itu dapat dijelaskan melalui 'rakaman spontan' ini. Ikatan silaturrahim sesama ahli memang kuat. Inilah antara aksi spontan ahli kami sebelum... semasa... dan selepas persembahan. Jangan Mare..... ha

Cuti Sekolah Tiba Lagi.....







CUTI SEKOLAH tiba lagi... Ini bermakna musim kenduri kahwin, turut muncul sama. Walaupun zaman ini, majlis perkahwinan tidak lagi mengikut musim cuti sekolah... namun pabila tiba sahaja musim cuti sekolah, semakin banyaklah majlis diadakan. Kadangkala tak tertunai undangan yang diterima. Mana boleh tahan... kalau 1 hari ada 10 undangan diterima...mau senak perut dibuatnya.

SABTU, 5 Jun 2010, pasukan kami membuat persembahan di majlis perkahwinan di Kg. Paya Merah, Labis. Pihak tuan rumah meminta kami mengarak pasangan pengantin lebih awal (12.30 tgh), namun Allah punya kuasa.. hujan turun dengan lebatnya. Kami menunggu di dewan serbaguna bersama pengantin lelaki... tapi hujan tak juga mau berhenti. Akhirnya kami diminta terus sahaja ke rumah dan memulakan persembahan... sambil pengantin bergerak dengan kereta. Kami sempat memainkan 3 lagu sahaja di bawah balai sebelum 'terhenti' kerana azan zohor. Setelah hujan mula berhenti, kami menyambung persembahan di luar balai sehingga tamat. Perubahan cuaca daripada sejuk ke panas... membuatkan persembahan kami juga terganggu.. namun diakhiri dengan 'gamelan' dan 'cik mek molek' yang mantap.

AHAD, 6 JUN 2010, kami membuat persembahan di Kg. Bukit Mambai, Labis. Hanya 15 orang ahli yang dapat hadir. Ahli yang lain 'sibuk' memenuhi undangan di sana sini. Pada mulanya... kelam kabut juga sebab tuan rumah berkehendakkan persembahan diawalkan sedangkan kebanyakan ahli juga 'sibuk' memenuhi undangan. Namun setelah semu ahli berkumpul... pengantin pula sengaja 'lewat' di surau. Akhirnya... pukul 2 lebih juga baru bermula. Cuaca hari itu panas terik...'berdenting' rasanya. Membuat persembahan dalam cuaca sebegini... membuatkan semua ahli 'berpeluh sakan', nak pitam pun ada... Tapi persembahan diteruskan juga dengan 8 buah lagu... Haji Ali kata.. kompang macam kerepek... berdenting. Puas rasanya apabila menerima tepukan setelah selesai membuat persembahan. Semuanya mencari air... air... dan air. Setelah berehat agak lama... barulah ada semangat dan selera untuk makan. Begitulah nasib kami.... pasukan kompang. Agaknya sama saja dengan nasib semua pasukan kompang kenduri kahwin.