SELAMAT DATANG DAN TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN ANDA KE BLOG KAMI

TERIMA KASIH & SELAMAT DATANG KE BLOG KAMI INI.
KOMPANG POWER BEB..... RUGI KALAU TAK TEMPAH.
SEKIRANYA ANDA BERMINAT.... JADILAH RAKAN facebook KAMI, www.facebook/kompang warisan sinaran suria

Selasa, Mei 17, 2011

100% Tempahan Dapat Dipenuhi

Apa khabar semua?.... Diharapkan semuanya sihat-sihat aje... maklumlah sekarang ni 'musim' demam.... hai.. demam pun ada musimnya....

lama juga aku tak 'edit' blog.. almaklumlah musim 'sibuk' pula datang. Hai..rupa-rupanya dah banyak tempahan yang masuk dalam tahun 2011 ni... melebihi biasa.. Alhamdulillah... tengah 'panas' ni banyak yang datang.. ada juga yang 'melepas' kerna tarikh tempahan yang diminta tu telah diisi oleh orang lain. Tu le... lain kali buat tempahan awal... itulah rezeki namanya.

Sejak Januari hingga awal Mei 2011 sahaja, kami telah menerima 14 tempahan dan kami telah dapat melaksanakan 100% tempahan itu dengan pelbagai ragamnya. Bermula dengan 22/1 di Tmn Seri Jenalim, Kg. Jawa, segamat diikuti pada 5/2 di felda Kemelah, 26/2 (Tok Daim di JKR), 5/3 (Dewan MDL), 6/3 (Ladang C, Yong Peng), 12/3 (Tangkak), 13/3 (Dewan MDL), 19/3 (JKR Labis), 20/3 (Bkt Mambai), 10/4 (Felda Maokil 1), 23/4 (Tmn Seri Medoi, Segamat), 30/4 (Kg. Sg. lenek, Chaah), 1/5 (Tmn Seri waja, Kg. Jawa, segamat) dan 7/5 di Bandar Springhill, Port Dikson, NS.

Tahniah diucapkan pada semua ahli yang tak jemu-jemu berkorban untuk menjayakan setiap tempahan itu. Yang pentingnya.... kita rasa seronok kan.... Maaf juga pada Jurulatih kami, Hj Ali... kerna kami terpaksa ke PD, NS pada 7/5 itu untuk memenuhi tempahan awal itu walaupun pada masa yang sama Hj Ali juga melangsungkan majlis persandingan anaknya. Apa nak buat... dah janji... mesti dikotakan... betul tak?

Kita ada banyak lagi tempahan yang mesti kita tunaikan....tahun 2012 pun dah mula ada permintaannya.... Cepat, cepat, Jangan lambat... Nanti Tak dapat.

Selamat semuanya... Selamat Hari Jadi, Selamat Hari Ibu & Selamat Hari Guru kepada semua yang meraikannya... bye... jumpa lagi.