SELAMAT DATANG DAN TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN ANDA KE BLOG KAMI

TERIMA KASIH & SELAMAT DATANG KE BLOG KAMI INI.
KOMPANG POWER BEB..... RUGI KALAU TAK TEMPAH.
SEKIRANYA ANDA BERMINAT.... JADILAH RAKAN facebook KAMI, www.facebook/kompang warisan sinaran suria

Kompang Warisan Sinaran, Paya Merah Kampung Ku.....

Seramai 7 ahli kami telahpun menyertai Kompang Warisan Sinaran, Paya Merah Kampung Ku sejak sebulan yang lalu sebagai pembimbing dimana Tn Hj. Ali kekal sebagai Jurulatih Utama. Syukur, dalam tempoh sebulan sahaja... dengan latihan gigih, pasukan ini telah mantap dan diterima ramai. Tahniah dan terima kasih kepada Tok Ketua Kampung Labis 8, En. Shamsudin atas usaha murni ini. Pasukan ini ditubuhkan khas untuk KMJ 2010. Sehubungan itu, kami telah menyertai mereka membuat persembahan khas sempena KMJ 2010 di mana DYMM Sultan Johor mencemar duli melawat Kg. Paya Merah pada 27 JUN 2010 yang lalu. Pasukan ini juga telah membuat persembahan di 3 majlis perkahwinan di kampung mereka. Tahniah dan Syabas untuk semua.

SABTU, 3 JULAI 2010 kami telah menyertai majlis perasmian Perhimpunan Wanita dan Pemuda UMNO Bahagian Labis yang disempurnakan oleh YB. Dato' Ahmad bin Maslan.
AHAD, 4 JULAI 2010 kami sekali lagi terlibat dengan majlis perasmian Perhimpunan UMNO Bahagian Labis bertempat di Dewan MDL yang disempurnakan oleh Menteri Kerja Raya, YB Dato' Shaziman bin Abu Mansor.

Sedikit mengecewakan apabila kami dihalang daripada membuat persembahan lanjut sewaktu majlis berhenti rehat, kerana didakwa paluan kompang kami itu hanya membuat 'bising' sahaja dan menganggu majlis. Takpe la... itulah antara asam garam kami sebagai pasukan kompang yang menegakkan warisan bangsa. Walaubagaimanapun... terima kasih kepada UMNO Labis yang mengundang pasukan kami ini sebagai penyeri majlis.... juga terima kasih kepada YB menteri kerana sudi bergambar bersama kami.