SELAMAT DATANG DAN TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN ANDA KE BLOG KAMI

TERIMA KASIH & SELAMAT DATANG KE BLOG KAMI INI.
KOMPANG POWER BEB..... RUGI KALAU TAK TEMPAH.
SEKIRANYA ANDA BERMINAT.... JADILAH RAKAN facebook KAMI, www.facebook/kompang warisan sinaran suria

Isnin, April 19, 2010

Syukran....

Majlis kenduri kesyukuran serta doa selamat telah pun selesai diadakan pada 18 April 2010, jam 8.30 malam dirumah ketua pasukan. Terima kasih kepada semua ahli yang hadir. Terima kasih di atas semua sokongan dan dorongan oleh para isteri dan anak-anak semua ahli. Doakan agar pasukan kompang kami sentiasa diberkati YME dan semakin kukuh demi memperjuangkan warisan kita. Untuk semua ahli, kekalkan semangat satu pasukan dan tempuhlah segala cabaran dan dugaan demi keutuhan pasukan ini. 10 tahun berlalu bukan jangkamasa yang pendek. Perubahan demi perubahan telahpun dilalui bersama hinggalah ke saat ini, semoga pasukan ini kekal ke beberapa generasi akan datang. Insyaallah. HIDUP WARISAN SINARAN SURIA. Jumpa kami di WP Putrajaya pada 1 Mei 2010.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan