SELAMAT DATANG DAN TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN ANDA KE BLOG KAMI

TERIMA KASIH & SELAMAT DATANG KE BLOG KAMI INI.
KOMPANG POWER BEB..... RUGI KALAU TAK TEMPAH.
SEKIRANYA ANDA BERMINAT.... JADILAH RAKAN facebook KAMI, www.facebook/kompang warisan sinaran suria

Sabtu, Mac 27, 2010

Seronoknya 'Meriuhkan Suasana' Majlis Perkahwinan




Sunnah Nabi SAW bahawa "setiap pernikahan hendaklah diuar-uarkan dengan majlis walimatulurus dan pukullah gendang". Sememangnya tugas pasukan kompang adalah untuk 'meriuhkan suasana' majlis perkahwinan itu.
Itu tanggungjawab kami kan!. kami akan pastikan majlis perkahwinan itu tetap riuh dengan pukulan kami. Selama ini dah terbukti. Sebab itu motto kami 'Kompang Power Beb'.. memang hebat.. memang riuh. Setiap kali kami berkompang, memang ramai penonton terpaku di sekeliling kami. Habis orang dapur.. semua ke depan melihat kami bermain tak kira tua ke muda, lelaki ke perempuan.. semuanya terpegun. Itulah 'Kompang Warisan Sinaran Suria, Labis'... orang Labis dah tahu kehebatannya.
Pada 13Mac yang lalu, kami berkompang kali pertama di Felda Linggiu, Kota Tinggi dengan baju 'purple'. Memang hebat. 14Mac pulak, di Taman Mewah, Labis dengan baju 'biru'. Orang ramai dah biasa dengar tapi orang KL sempat merakam lagi. 20Mac tengahari, main di 2 tempat di Felda Chemplak, Labis dengan baju 'kuning' dan malamnya di Dewan MDL, dengan baju 'tmnet' memang pukul gila-gila punya. Dengan jemputan hampir 2000 orang, kami tunjuk 'power' di pintu masuk dewan sampai tenggelam bunyi 'kugiran' di dalam dewan. Memang puashati punya. Itulah trend dan gaya kami.
Orang Taman Yayasan, Segamat, tunggu kedatangan kami pada 10April ini dengan baju 'hijau' pulak. Sampei ketemu ndak yak.. bye bye.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan