SELAMAT DATANG DAN TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN ANDA KE BLOG KAMI

TERIMA KASIH & SELAMAT DATANG KE BLOG KAMI INI.
KOMPANG POWER BEB..... RUGI KALAU TAK TEMPAH.
SEKIRANYA ANDA BERMINAT.... JADILAH RAKAN facebook KAMI, www.facebook/kompang warisan sinaran suria

Rabu, Mac 10, 2010

Tempahan Datang Mencurah-Curah



Disember 2009, memang hebat. Kami menerima tempahan setiap Sabtu & Ahad dan kesemua itu dapat dipenuhi dengan cemerlang. 10 tempahan itu telah pun diselesaikan samada yang paling dekat (Pekan Labis) hinggalah yang paling jauh (Lukut, Port Dickson, NS). Tahniah kepada semua ahli kami yang tidak jemu berkompang. Jika berkompang dengan penuh minat dan semangat, pasti takkan jemu.

Januari dan Februari 2010, tempahan tetap datang tanpa mengira hari. Bermula dengan 2 Januari hingga 20 Februari, 08 tempahan telah dapat dipenuhi. Kini Mac 2010, sehingga kina 04 tempahan telah dipersetujui bersama. Bermula di Felda Linggiu, Kota Tinggi pada 13 Mac diikuti Taman Mewah, Labis pada 14 Mac, Felda Chemplak, Labis (20 Mac) dan Dewan Serbaguna, MD Labis (20 Mac) pada malamnya.

Bagi yang pernah mendengar dan mengikuti perkembangan pasukan kami, terima kasih diucapkan. Jumpa lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan