SELAMAT DATANG DAN TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN ANDA KE BLOG KAMI

TERIMA KASIH & SELAMAT DATANG KE BLOG KAMI INI.
KOMPANG POWER BEB..... RUGI KALAU TAK TEMPAH.
SEKIRANYA ANDA BERMINAT.... JADILAH RAKAN facebook KAMI, www.facebook/kompang warisan sinaran suria

Isnin, Mei 03, 2010

Sambutan Luar Biasa di Presint 9






Jam 7.30 pagi, kami mula bergerak dengan 4 kereta seramai 21 orang ahli berbaju merah, menuju ke Putrajaya. Perjalanan agak lancar dari Labis melalui Segamat, Gemas dan Tampin. Masuk ke lebuhraya di Spg Ampat. Berhenti rehat di R&R Seremban untuk sarapan pagi yang disediakan awal oleh ketua pasukan. Kami meneruskan perjalanan dengan memasuki lebuhraya Nilai kemudian melalui susur keluar ke Purtajaya. Alhamdulillah.. perjalanan kami begitu lancar tanpa banyak gangguan. Kami tiba lebih kurang jam 11.45 pagi di Presint 9. Kami disambut oleh En. Mazlan di persimpangan P9B6. Destinasi telah ditemui, kami meminta izin untuk berehat sebentar di Masjid Putra. Seronoknya melihat ahli-ahli kecil kita meninjau sekitar Masjid Putra itu.
Kami ke rumah pengantin jam 1.30 petang. Seperti biasa.... pukulan pemanas badan/penarik mood dilakukan. Mendengar saja pukulan itu, pengantin keluar dari tempat bersanggar.... kami mula mengarak pengantin jam 2.00 petang. Setibanya di halaman rumah, kami sekali lagi dikejutkan oleh sambutan 'gelombang biru' ahli keluarga En. Naim. Bermulalah fasa sambutan luar biasa oleh mereka. kami mulakan persembahan... satu persatu lagu dimainkan... Berpeluh dibuatnya. semuanya 10 lagu.... diselangseli dengan serahan 'cawan air'. kami dikerumuni oleh ahli keluarga En. Naim. Mereka berseronok dengan 'berjoget' dan menyanyi bersama-sama kami. Begitulah kemeriahan yang terjadi di sana sama seperti di majlis walimatul urus ahli keluarga mereka yang pernah kami hadiri di Sg. Gatom, Kg. Pekan Air Panas, Labis.... dan di Lukut, Port Dickson, NS.
Sambil menjamu selera... kami menerima tempahan baru dari Pengerusi Penjaja & Peniaga Kecil Selangor kawasan Parlimen Pucong...bulan Julai... mengarak PM... katanya, tapi tarikh akan ditentukan kemudian... bertuahnya!... tapi itu hal biasa bagi kami.. kebiasaannya sebaik saja tamat satu-satu persembahan.. pasti akan ada tempahan baru diterima... seronok kan?... yang pasti 'kepuasan' terpancar di raut wajah kami semua. Sudah menjadi kebiasaannya juga, kami sibuk 'melayan' pertanyaan orang ramai yang berminat ketika berehat.
Setelah berehat sambil menjamu selera, kami memohon untuk pulang jam 3.42 petang. Kami terus pulang secara berasingan apabila memasuki lebuhraya seremban. 2 kereta singgah sebentar di restoran jejantas, Air Keroh, Melaka manakala 2 kereta lagi meneruskan perjalanan pulang. Kami tiba di Labis jam 7.00 petang.
Terima kasih semua... semoga berjumpa lagi di lain kali... bye

Tiada ulasan:

Catat Ulasan